Khamis, 25 Jun 2009

Suasana Petang Kuala Lumpur...


Suasana petang makin gelap...kepulangku ke kuala lumpur disambut penuh dengan burung-burung gagak yang terbang untuk mencemar keindahan kota raya ini..bila kaki aku menjejak ke tanah tiba-tiba aku terdengar bunyi tembakan yang kuat dan bertubi-tubi di sekitar kawasan central market..ramai berlari dan tunduk takutkan bunyi tembakan yang seakan-akannya peperangan telah berlaku...kereta-kereta dan bas makin perlahan dan makin sesak..aku berlari-lari cepat dan sembunyi di surau..ramai yang sempat jadi jurugambar untuk menangkap aksi ahli-ahli penembak di sekitar itu..aku beranikan diri untuk keluar menjenguk suasana di situ..darah makin tinggi menjulang..teringat kembali suasana demotrasi di kuala lumpur, bunyi tembakan itu mengenangkan aku kembali..menguji kekuataan dan keberanian aku,..menguji semangat berpasukan tapi aku merasakan aku boleh score 20/100 dalam ujian itu..terdengar lagi bunyi tembakan lagi kuat daripada tadi..tiba-tiba dua ekor burung gagak tergolek depan aku..ish3...buat takut je..rupanya DBKL nak halau burung gagak daripada mencemar sekitar kuala lumpur..


aku pun tengok jam yang sudah menunjukkan masuk waktu maghrib..aku kembali ke surau..ada dua orang pak cik tua yang berada dalam surau itu nampak gaya macam bekas penyanyi rock..salah seorangnya menjadi bilal..bunyi azan pun mcm nada rock..aku pun terharu walaupun dia orang macam itu tapi masih boleh ke surau berjemaah,tapi dari segi pakaian aku terpaksa bagitau kat korang,dia orang tu orang jalanan..aku bersyukur dia orang ada rasa keinsafan..selepas aku mengimamkan solat maghrib jemaah disitu...aku beristigfar dan menadah tangan untuk berdoa..selepas satu-satu doa aku,aku terkejut suara yang kuat dari belakang.."amennnnnn!"..ramai sungguh orang bersolat disini..terharu..dan di pertengahan doa kami, aku membaca doa untuk umat Islam di Palestin,pattani dan seluruhnya.., mereka baca amennn lagi kuat dari tadi..kesedaran umat Islam kita tentang keganasan israeil kepada umat Islam di Palestin dan umat Islam di selatan Thailand makin sedar...syukur Alhamduillah..moga Allah memberi kekuatan kepada Umat Islam yang tengah berjihad menegak agama Allah..takbir!!!

Ahad, 21 Jun 2009

Post gambar-gambar..


hehe...ini kuat makan....





ini sahabat fuloi saya...hehe










rehat-rehat isi pengisian...

Jumaat, 19 Jun 2009

Mamat mesir cakap kelate...


Salam perjuangan..
sahabat-sahabat sekalian..masihkah kamu ingat satu video yang pernah dirakam di mesir tentang seorang mahasiswa mesir dan orang mesir tulen yang bercakap melayu kelantan?Semalam saya sempat mengunjungi sahabat saya di Putrajaya kerana pada hari jumaat ini saya dan sahabat saya akan bertolak ke sebuah sekolah menegah agama bestari di sekitar selangor sebagai fasilitator untuk progam pelaksanaan tanzim di sana. Jadinya, pada malam semalam hari khamis, saya dan keluarga sahabat tadi pergi ke ceramah perdana di surau presint 11, apabila sampai di surau tersebut saya terkejut dan macam pernah melihat seorang sheikh yang berjubah di surau tersebut. Puas difikiran saya mengelop-gelop memastikan siapa sheikh ini, saya tanya hafis, "engkau kenal x sheikh ini?eden macam pernah tengok je mamat ini?" tanya saya kat sahabat saya dalam loghat n.sembilan.. "eden pun macam pernah tengok je, bukan ke dia tu yang kena temu ramah dalam video yang boleh cakap kelate ke?"cakap hafis. saya puas memastikan siapa dia.. apis pun bagitau saya," penceramah malam ni dari ahli majlis fatwa mesir..ahli majlis fatwa yang termuda di dunia..umur dia baru je 32 tahun..." terkejut saya, kenyataan itu membuat saya yakin dengan firasat saya.. apabila diperkenalkan penceramah pada malam itu, sahlah dia yang pernah ditemuramah dalam video yang di copy-copy di kampus saya waktu tahun pertama dahulu.. tak sangka dia sekarang telah menjadi ahli majlis fatwa mesir dan pernah juga jadi felo di UM kuala Lumpur. Nama dia Sheikh Ustaz Mohamed Abdel Aziz Mahmoud Al-Ghonim, dia boleh bercakap empat bahasa iaitu bahasa arab,english,france dan bahasa melayu loghat kelantan. Dia dilatih jadi ahli majlis fatwa dalam masa setahun lebih dan diangkat sebagai ahli majlis fatwa mesir dan ditabalkan sebagai ahli majlis fatwa yang termuda di dunia. saya kagum dengan pengisian dia dan saya berharap dia boleh menjadi tokoh ulama yang terkemuka di dunia.amenn..

Jumaat, 12 Jun 2009

awas! jangan guna perkataan "bodoh" pada bukan tempatnya..


Salam Perjuangan..
kembali sejadahnuriman pada kali ini untuk membuka minda kita masing-masing tentang keadaan dan sikap masyarakat kita terutama rakyat malaysia tak mengira semua bangsa dan kaum.. ana berpandangan tentang tajuk " AWAS! JANGAN GUNA PERKATAAN "BODOH". Dalam Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi yang ke empat, perkataan bodoh ini bermaksud seperti begini sahabat : sukar mengerti atau mempelajari sesuatu, bebal, dungu, tolol. Begitu sekali maksudnya..

Sejadahnuriman kali ini ingin berkongsi suatu sikap dalam keluarga kita yang terutama orang yang memimpin seperti Ibu dan Ayah, ataupun atuk dan nenek ataupun abang dan kakak.. contoh beginilah, apabila si anak yang melakukan kesalahan sikit, tiba-tiba sahaja emaknya memaki dengan mengunakan perkataan BODOH.. "Salman, kenapa kau bodoh sangat haaa...itu pun tak reti.." ana rasa tuan dan puan pernah mendengar sedutan dialog ini.. sedihkan apabila si anak didoakan oleh ibunya sebegitu.. kalau doa itu makbul lagi-lagi doa emak..Ya Allah ampun dosa kami.. zaman sekarang pun ada juga guru-guru memanggil anak muridnya dengan perkataan "BODOH"

Kesimpulannya...
tolong jangan gunakan perkataan BODOH itu pada insan yang kita sayang.. percakapan kita dan nama-nama yang kita panggil itu merupakan satu doa kita pada semua muslim.. mereka yang sama-sama saudara seislam kita sepatutnya kita mendoakan kebaikan kita semua, bukan sahaja dalam keluarga tetapi dalam kerja-kerja dakwah sekalipun perkataan dan percakapan kita kenalah lebih baik dan leibh berhemah...

Akhirnya, Salam Perjuangan dari saya...
Sirru ALa Baraqatillah...

Selasa, 9 Jun 2009

Cepat Jang! imam dah baca fatihah ni haa..copatlaaa...


Salam Perjuangan..
Sejadah nuriman hari ini nak kongsi dengan sahabat-sahabat tentang tergesa-gesa kita ke masjid apabila terdengar bacaan imam dalam rakaat pertama.." berjalan tergesa-gesa adalah perbuatan yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w"

Baginda bersabda:

"Apabila solat telah dimulai, maka jangan kamu datanginya dengan tergesa-gesa. Namun datangilah dengan berjalan dalam keadaan tenang. Maka apa yang kamu dapat bersama imam maka solatlah. Dan apa yang kamu tinggalkan, maka sempurnakanlah."
(Hadis Riwayat Muslim)

Baginda juga bersabda:

"Apabila iqamat telah dikumandangkan, janganlah kamu tergesa-gesa mengejar solat. Akan tetapi hendaklah kamu berjalan dengan tenang. Solatlah seperti yang kamu dapat dan lengkapkanlah rakaat yang tertinggal.

" Abu Qatha r.a menceritakan: "ketika kami sedang solat bersama rasulullah, kami terdengar bunyi langkah yang tergesa-gesa mengejar solat. Lalu selepas solat, Rasulullah s.a.w bertanya : "Apakah yang kamu lakukan sebentar tadi.?" maka jawab sahabat tadi: "kami tergesa-gesa mengejar solat". Rasulullah bersabda: "Janganlah kamu lakukan hal itu. Apabila kamu mendatangi jemaah solat, maka datanglah dengan tenang, apa yang kamu dapat dari imam maka kerjakanlah dan apa yang tertinggal maka kerjakanlah". (HR Bukhari Muslim)

Imam Nawawi menjelaskan., sabda Rasulullah s.a.w itu adalah berbentuk tegas akhi, agar kita muslimin memenuhi panggilan solat, sama ada solat jumaat atau solat lima waktu dengan penuh tenang dan berwibawa.. jadi renung-renunglah bersama yo..hehe.
engkau lari juga tak dapat den nak tolong... :)

Isnin, 8 Jun 2009

cadangan...

ana dapat pandangan dari sahabat-sahabat kita, buku ini boleh dijadikan silibus usrah yang berbentuk santai dan happy...insyAllah dapatkan...ada versi melayu dan inggeris..



Yang ini ana baru je beli..saja buat bahan bacaan...hehe

Baru pulang dari muktamar...

Salam Perjuangan
Alhamduillah pertama dan selama-lamanya di beri keizinan oleh Allah kepada saya dan kenalan sahabat-sahabat aktivis PAS dari Sabah untuk menyertai muktamar kali ke 55 sebagai pemerhati muktamar sayap pemuda yang berlangsungnya di markas PAS di taman melewar dan seterusnya singgah di esok hari di stadium melawati Shah Alam. Sebenarnya saya ada kenalan sahabat dari zaman sekolah menegah lagi, dia merupakan orang yang aktif dalam kerja amal Islami di Sabah dan kebanyakan sahabat-sahabat mereka juga yang majoritinya dari semenanjung Malaysia ke Sabah untuk membawa misi dan visi untuk membangkitkan kualiti pengetahuan Islam pada ummah di sana. InsyAllah moga kalian menjadi ansoruAllah yang sejati di sana.

Dalam permerhatian saya di muktamar sayap pemuda mereka adalah pemuda-pemuda yang makin hari makin kuat, makin berilmu makin matang, makin dipimpin makin berdisplin dan segala tindakan mereka untuk membangkitkan perjuangan Islam sememangnya tulus dan ikhlas. Muktamar pemuda pada kali ini disinari dengan cahaya kepimpinan muda yang berilmu, siqqah dan berani dalam membimbing kepimpinan muda ini untuk menjadi mereka sebagai pelapis-pelapis pimpinan Ulama yang akan datang amenn insyAllah. Tahniah pada Ustaz Nasrudin Tantawi dan sahabat-sahabat pimpinan pemuda moga kalian berusaha dan kami sentiasa membantu dibelakang kalian dalam perjuangan yang penuh suci ini takbir!

Dan akhirnya saya kagum dengan orang PAS, walaupun ada motor yang tertinggal kunci di tempat kunci motor itu tetapi tiada siapa pun yang berani nak curi motor itu, akhirnya ada hamba Allah itu menyimpan kunci itu didalam helmet yang tergantung di motor itu..sebab takut kepada Allah semuanya menjadi mulia dan baik..jauh beza antara orang yang ditarbiyah dalam pas dan bukan pas, ayuh teman-teman kita bedepan mereka yang belum mengenali Pas dan tarik mereka menjadi adik-beradik dalam perjuangan Islam bagaimana pesan timbalan presiden PAS dan ayuh kita bersama-sama berada dalam satu kapal besar yang tengah belayar menuju satu visi dan misi yang suci sebagaimana pesan Tuan Guru Presiden kepada kita..amenn insyAllah..

Selasa, 2 Jun 2009

Berhati-hati...

Salam Perjuangan...
Salam buat sahabat-sahabat yang sentiasa menyerah tubuh ini didalam jagaan Allah,moga-moga Allah memelihara kita dari segala perkara yang tidak baik di dunia ini insyAllah..sebelum itu saya nak promote pada sahabat-sahabat yang terluang masanya di hujung minggu ini marilah kita pakat-pakat ziarah muktamar PAS di Shah Alam, Untuk sama-sama kita mendengar amanat dari pimpinan-pimpinan PAS bagi mengisi jiwa dan rohani kita dalam perjuangan Islam.

Sahabat-sahabat,
dengan faedah blog ini ana berpesan supaya minta berjaga-jaga apabila antum ingin memohon kerja...

1. Apabila iklan yang memerlukan kerani atau data entry clerk sila berjaga-jaga

2. Dalam interview pihak syarikat meminta bayaran duit dalam RM300 ke bawah dengan alasan supaya duit itu boleh ditolak sekiranya berlaku kerosakan data-data yang kita akan buat dalam kerja.

3.Dalam temuduga pastikan keadaan pejabat, kalau nampak macam hotel tak ada bintang berhati-hati lah...

4.apabila dia suruh tunggu telepon dari pejabat, dan kali pertama dia telepon dan mengatakan untuk tangguh maka berhati-hati dan terus cancel persetujuaan bagi yang dah sign kontrak..

itu sahaja moga kalian berhati-hati

Isnin, 1 Jun 2009

Melancong Luar Negeri..

Salam Perjuangan..
Tajuk saya hari ini bukan pergi melancong luar dari malaysia tetapi melancong luar dari negeri selangor..huhu. Jangan marah..hujung minggu baru ini aku melawat sahabat aku di putrajaya..sudah setahun kami tak berjumpa..maklum kawan dari sekolah..pada malam tu, aku dan hafiz keluar jumpa member sekelas kami...kami sempat bertanya apa kerja yang dibuat bila cuti semester ini..dia berkongsi dengan kami satu pengalaman di cuti ini..dan kami tak sangka dia sekarang jadi penjual nasi lemak..tapi hebatnya, dia sanggup dari lepas subuh ke isyak menjual nasi lemak dan belajar menu-menu lauk nasi lemak untuk menuntut ilmu semata-mata untuk membuat perniagaannya di masa hadapan.."kalau nak ikutkan sehari jual nasi ni dari pagi hingga malam x berbaloi dengan rm30 tapi sebab nak menimba ilmu terpaksa korban dulu dan insyAllah bersenang kemudian.."...kata member aku. aku tabik bro dengan dia..insyAllah moga dia berjaya..dan pada malam tu, kami balik dari kajang kami singgah di pertonas di putrajaya.tiba-tiba datang kereta kenari warna hitam yang dibawa oleh minah ronggeng dan sebelah dia ada balak..terkejut aku tengok balak tu, jalan terhuyung-hayang(bahasa baru) nak pergi tandas..masa itu dah lepas pukul 12 malam..pastu tiba-tiba minah tu jerit kat seorang pak cik.." Pak jang...pegi mana?kami baru je balik dari CLUBBING kat ................."kata minah tu.. ish3 mengeleng kepala aku dan rasa benci dan takut mula merasai di tubuhku.. aku selalu risaukan adik-adik ku yang masih bersekolah..sahabat-sahabat mari sama-sama kita buat solat hajat dan berdoa semoga Allah selamat Umat Islam zaman ini daripada godaan-godaan syaitan ...amennn