Rabu, 15 April 2009

Mengapakah dan kenapa nama ia sejadah nuriman?

Setiap apa yang berlaku ia pasti dicatat sebagai sejarah samada individu ataupun sesuatu organisasi…kira aku nak cerita sejarah la tentang sejadah nuriman..hehe..dulu namanya teratak nuriman sejadah…satu tajuk khas untuk blog aku yang sulung…sebenar sejak aku berada di nilam puri barulah aku mengenali internet..alhamduillah..aku teringin untuk belajar sesuatu yang boleh memberi manfaat pada orang semua..aku memandang jauh untuk sahabat-sahabat aku yang berada di dalam saf pimpinan atau yang memegang sebagai naqib..mereka perlukan satu blog ini sebagai satu komunikasi ataupun satu kemudahan untuk menyampaikan dakwah walaupun di mana mereka berada…sedang molek aku balik cuti..bos aku pakai internet kat rumah…apa lagi bro gua dua hari berturut-turut belajar buat blog…dan sebagaimana bila orang baru belajar mula-mula pening ada,tertekan pun ada..tapi dah minat…lenjan juga aku belajar blog ni..
Bila sudah mengenali tentang blog ni,aku bersungguh bagitau sahabat-sahabat aku untuk mereka menjadi blogger di saat mereka yang akan bertolak jauh dari tanah air yang tercinta ni..alhamduillah mereka telah manfaatkan blog mereka sebagai satu perjuangan dalam menyampai ilmu dan pandangan masing-masing..
Aku padam blog teratak nuriman jannah kerana rasa tidak layak untuk mengarang atau menyampai apa-apa ilmu dan pandangan..tapi sokongan dan dorongan dari sahabat-sahabat alhamduillah aku teruskan perjuangan ini dengan sejadah nuriman
Pengertian makna sebenar SEJADAH NURIMAN..
SEJADAH NURIMAN: sejadah ini bermaksud kain sejadah yang kita guna untuk dibentangkan waktu kita menunaikan solat..aku beranggap sejadah adalah satu kertas kerja kosong yang dibentang di hadapan Allah..Dan solat kita ini disalut sebagai satu keterangan kertas kerja ataupun kerja rumah kita yang wajib kita laksanakan untuk disampaikan kepada Allah…apa yang patut kita bentangkan?.dalam solat, kita merendahkan diri , khusyuk dalam solat dan memohon pertolonganNya tanda kita beriman dan bertaqwa kepada Allah…ini tanggungjawab kita…tetapi bukan sekadar menunaikan solat sahaja..kita juga perlu untuk menyampaikan dakwah kita pada orang lain, banyak sebenarnya kerja-kerja kita..dan sejadah nuriman ini membentang satu kertas kerja untuk mengembalikan kita kepada Islam dan Allah..dan disalut dengan ilmu-ilmu dan pandangan masing-masing sebagai satu dakwah dan maklumat-maklumat terkini pada orang yang belum mengetahuinya…insyAllah…kita pastikan perjuangan kita diteruskan,istiqamah dalam perjuangan moga-moga Allah merestui dan memberkati kita semua sebagai hambaNya..Amenn

“Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKU.
(Surah Al-Zariyat ayat 56..

Tiada ulasan:

Catat Komen