Selasa, 9 Jun 2009

Cepat Jang! imam dah baca fatihah ni haa..copatlaaa...


Salam Perjuangan..
Sejadah nuriman hari ini nak kongsi dengan sahabat-sahabat tentang tergesa-gesa kita ke masjid apabila terdengar bacaan imam dalam rakaat pertama.." berjalan tergesa-gesa adalah perbuatan yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w"

Baginda bersabda:

"Apabila solat telah dimulai, maka jangan kamu datanginya dengan tergesa-gesa. Namun datangilah dengan berjalan dalam keadaan tenang. Maka apa yang kamu dapat bersama imam maka solatlah. Dan apa yang kamu tinggalkan, maka sempurnakanlah."
(Hadis Riwayat Muslim)

Baginda juga bersabda:

"Apabila iqamat telah dikumandangkan, janganlah kamu tergesa-gesa mengejar solat. Akan tetapi hendaklah kamu berjalan dengan tenang. Solatlah seperti yang kamu dapat dan lengkapkanlah rakaat yang tertinggal.

" Abu Qatha r.a menceritakan: "ketika kami sedang solat bersama rasulullah, kami terdengar bunyi langkah yang tergesa-gesa mengejar solat. Lalu selepas solat, Rasulullah s.a.w bertanya : "Apakah yang kamu lakukan sebentar tadi.?" maka jawab sahabat tadi: "kami tergesa-gesa mengejar solat". Rasulullah bersabda: "Janganlah kamu lakukan hal itu. Apabila kamu mendatangi jemaah solat, maka datanglah dengan tenang, apa yang kamu dapat dari imam maka kerjakanlah dan apa yang tertinggal maka kerjakanlah". (HR Bukhari Muslim)

Imam Nawawi menjelaskan., sabda Rasulullah s.a.w itu adalah berbentuk tegas akhi, agar kita muslimin memenuhi panggilan solat, sama ada solat jumaat atau solat lima waktu dengan penuh tenang dan berwibawa.. jadi renung-renunglah bersama yo..hehe.
engkau lari juga tak dapat den nak tolong... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan