Jumaat, 19 Jun 2009

Mamat mesir cakap kelate...


Salam perjuangan..
sahabat-sahabat sekalian..masihkah kamu ingat satu video yang pernah dirakam di mesir tentang seorang mahasiswa mesir dan orang mesir tulen yang bercakap melayu kelantan?Semalam saya sempat mengunjungi sahabat saya di Putrajaya kerana pada hari jumaat ini saya dan sahabat saya akan bertolak ke sebuah sekolah menegah agama bestari di sekitar selangor sebagai fasilitator untuk progam pelaksanaan tanzim di sana. Jadinya, pada malam semalam hari khamis, saya dan keluarga sahabat tadi pergi ke ceramah perdana di surau presint 11, apabila sampai di surau tersebut saya terkejut dan macam pernah melihat seorang sheikh yang berjubah di surau tersebut. Puas difikiran saya mengelop-gelop memastikan siapa sheikh ini, saya tanya hafis, "engkau kenal x sheikh ini?eden macam pernah tengok je mamat ini?" tanya saya kat sahabat saya dalam loghat n.sembilan.. "eden pun macam pernah tengok je, bukan ke dia tu yang kena temu ramah dalam video yang boleh cakap kelate ke?"cakap hafis. saya puas memastikan siapa dia.. apis pun bagitau saya," penceramah malam ni dari ahli majlis fatwa mesir..ahli majlis fatwa yang termuda di dunia..umur dia baru je 32 tahun..." terkejut saya, kenyataan itu membuat saya yakin dengan firasat saya.. apabila diperkenalkan penceramah pada malam itu, sahlah dia yang pernah ditemuramah dalam video yang di copy-copy di kampus saya waktu tahun pertama dahulu.. tak sangka dia sekarang telah menjadi ahli majlis fatwa mesir dan pernah juga jadi felo di UM kuala Lumpur. Nama dia Sheikh Ustaz Mohamed Abdel Aziz Mahmoud Al-Ghonim, dia boleh bercakap empat bahasa iaitu bahasa arab,english,france dan bahasa melayu loghat kelantan. Dia dilatih jadi ahli majlis fatwa dalam masa setahun lebih dan diangkat sebagai ahli majlis fatwa mesir dan ditabalkan sebagai ahli majlis fatwa yang termuda di dunia. saya kagum dengan pengisian dia dan saya berharap dia boleh menjadi tokoh ulama yang terkemuka di dunia.amenn..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan