Isnin, 1 Jun 2009

Melancong Luar Negeri..

Salam Perjuangan..
Tajuk saya hari ini bukan pergi melancong luar dari malaysia tetapi melancong luar dari negeri selangor..huhu. Jangan marah..hujung minggu baru ini aku melawat sahabat aku di putrajaya..sudah setahun kami tak berjumpa..maklum kawan dari sekolah..pada malam tu, aku dan hafiz keluar jumpa member sekelas kami...kami sempat bertanya apa kerja yang dibuat bila cuti semester ini..dia berkongsi dengan kami satu pengalaman di cuti ini..dan kami tak sangka dia sekarang jadi penjual nasi lemak..tapi hebatnya, dia sanggup dari lepas subuh ke isyak menjual nasi lemak dan belajar menu-menu lauk nasi lemak untuk menuntut ilmu semata-mata untuk membuat perniagaannya di masa hadapan.."kalau nak ikutkan sehari jual nasi ni dari pagi hingga malam x berbaloi dengan rm30 tapi sebab nak menimba ilmu terpaksa korban dulu dan insyAllah bersenang kemudian.."...kata member aku. aku tabik bro dengan dia..insyAllah moga dia berjaya..dan pada malam tu, kami balik dari kajang kami singgah di pertonas di putrajaya.tiba-tiba datang kereta kenari warna hitam yang dibawa oleh minah ronggeng dan sebelah dia ada balak..terkejut aku tengok balak tu, jalan terhuyung-hayang(bahasa baru) nak pergi tandas..masa itu dah lepas pukul 12 malam..pastu tiba-tiba minah tu jerit kat seorang pak cik.." Pak jang...pegi mana?kami baru je balik dari CLUBBING kat ................."kata minah tu.. ish3 mengeleng kepala aku dan rasa benci dan takut mula merasai di tubuhku.. aku selalu risaukan adik-adik ku yang masih bersekolah..sahabat-sahabat mari sama-sama kita buat solat hajat dan berdoa semoga Allah selamat Umat Islam zaman ini daripada godaan-godaan syaitan ...amennn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan