Isnin, 14 September 2009

PAS Rembau bantu keluarga miskin di Dun Rantau

Ahad 13 September 2009 – PAS Kawasan Rembau telah turun ke padang hari ini untuk menghulurkan bantuan sempena ketibaan Idil Fitri di DUN Rantau melalui Program Jejak Ukhuwwah Ramadhan.

Keluarga-keluarga susah yang dilawati ini berada dalam DUN Rantau iaitu di Kg Jimah Lama, Kg. Sawah, Kg Sega, Sega Hilir, Sega Tengah dan Kg Solok.

Rombongan Jejak Ukhuwwah Ramadhan ini telah diketuai oleh Tn Hj Shukri selaku Setiausaha PAS Kawasan Rembau.

Antara keluarga yang menerima bantuan tersebut ialah :

1. Seorang nenek yang berusia 72 tahun tinggal bersama dgn cucu. Rumah nenek ini sering dilanda banjir yang kerap berlaku disebabkan air yang melimpah dari sungai di depan rumah beliau. Air banjir ini mungkin disebabkan oleh projek perumahan di sekitar Kg Jimah Baru dan Lama.

2. Ibu tunggal yang berusia 37 tahun yang mempunyai tanggungan 2 orang anak di tingkatan 4 dan darjah 6. Keluarga ini tidak menerina bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat mahupun Majlis Agama Islam Negeri Sembilan atas alasan beliau bekerja di sebuah kilang di Senawang. Ibu tunggal ini tidak mempunyai kenderaan dan menumpang kenderaan orang untuk ke tempat kerja.

3. Seorang nenek yang berusia sekitar 70 tahun yang hidup menumpang dengan anak-anak saudara/

4. Seorang ibu tunggal berusia 41 tahun juga tidak mendapat bantuan JKM atau MAINS atas alasan beliau bekerja di ladang anggur. Kediaman beliau sering dilanda banjir yang naik sehingga paras lutut.

5. Seorang ibu tunggal yang mempunyai 7 orang anak.

6, Sepasang suami isteri warga emas yang uzur yang mengidap penyakit kencing manis.

7. Sepasang suami isteri dimana suami tidak berapa sihat setelah 3 kali diserang angin ahmar.

8. Seorang nenek berusia 84 tahun yang tinggal bersama anak perempuannya yang merupakan seorang ibu tunggal.

9. Dua orang nenek pasangan adik beradik yang kurang upaya serta mempunyai anak kurang upaya.

Tiada ulasan:

Catat Komen