Sabtu, 24 Oktober 2009

PAS=muktamar khas?

Latarbelakang:
Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak dizaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri. Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata. Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.


Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.


i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.


Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada dilangit adalah selaras dengan syur yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Ia berbunyi:

Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.(Surah Al-Anfaal Ayat 67 – 68)


Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin didalam Islam.

ii). Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi:

Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahriim Ayat 1)

iii). Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi:

Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.(Surah ‘Abasa Ayat 1 – 6)

Apa isunya?

Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan. Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :

“Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.”

“Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.”

“Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”

“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”

“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”

“Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”

“Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.”

“Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”


Pandangan Saya
Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :
Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?

Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah. Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain. Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu. Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah. Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?

Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana. Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.

Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .
Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.


Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 2009

Jumaat, 23 Oktober 2009

Nik Aziz : berbuat sesuatu bagi menyelamatkan parti



KOTA BAHARU, 23 Okt :-Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia menghadapi sebarang kemungkinan jika cadangannya supaya PAS mengadakan Muktamar Agung Luar Biasa boleh mencetuskan perpecahan di kalangan anggota partinya.

Katanya beliau sedia berbuat sesuatu bagi menyelamatkan parti daripada terus menimbulkan tanda tanya berhubung cadangan beberapa pemimpin tertinggi parti berhubung isu kerajaan perpaduan sehingga menimbulkan kecelaruan dalam parti.

Katanya, beliau bosan dengan gelagat beberapa pemimpin yang membangkitkan isu kerajaan perpaduan yang disifatkan sesekali timbul dan sesekali tenggelam.

"Ini untuk mengelakkan orang tertanya-tanya dan teraba-raba, dan tergantung tanpa diambil sesuatu tindakan.

"Sedangkan kita (PAS) sebuah parti Islam, maka saya kena buat sesuatu untuk menentukan kedudukan pemimpin, termasuk Presiden sendiri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, dekat sini, Jumaat.

Beliau mengesahkan mengemukakan pandangan itu dalam laman blognya semalam, kerana kecewa dengan sikap beberapa pemiMpin yang sering menimbulkan masalah dalam parti kerana membangkitkan isu kerajaan perpaduan sedangkan PAS sudah membuat keputusan muktamad tidak akan bekerjasama dengan Umno atas dasar politik.

Ini kerana, katanya, ia telah diputuskan dalam Muktamar Aung parti itu tahun lepas.

Ditanya sama ada muktamar luar biasa itu boleh menimbulkan perpecahan di kalangan anggota parti, Menteri Besar Kelantan itu menegaskan: �"Nak pecah, pecah gi lah apa boleh buat. Saya tak suka orang tegur Presiden saya, kedudukan pemimpin (termasuk Presiden atau pemimpin lain) bergantung kepada keputusan muktamar.

Menurutnya cetusan cadangan supaya mengadakan muktamar biasa itu lahir daripada artikel penganalisis politik Aziz Bari dan teguran rombongan daripada Sabah dan Sarawak yang mempersoalkan beberapa kerat pemimpin PAS yang condong kepada Umno berikutan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan.

"Saya sedih kerana ada pemimpin yang tidak menghormati keputusan muktamar agung itu, dan saya tidak suka orang tegur parti dan pemimpin saya, tanpa saya berbuat sesuatu, senyap," katanya.

�Menurutnya, soal untuk mengadakan muktamar luar biasa atau apa bentuk sekalipun ia terpulang kepada parti kerana baginya beliau sudah berpuas hati dapat menyuarakan perasaannya dalam menangani isu itu.-- BERNAMA

Isnin, 14 September 2009

PAS Rembau bantu keluarga miskin di Dun Rantau

Ahad 13 September 2009 – PAS Kawasan Rembau telah turun ke padang hari ini untuk menghulurkan bantuan sempena ketibaan Idil Fitri di DUN Rantau melalui Program Jejak Ukhuwwah Ramadhan.

Keluarga-keluarga susah yang dilawati ini berada dalam DUN Rantau iaitu di Kg Jimah Lama, Kg. Sawah, Kg Sega, Sega Hilir, Sega Tengah dan Kg Solok.

Rombongan Jejak Ukhuwwah Ramadhan ini telah diketuai oleh Tn Hj Shukri selaku Setiausaha PAS Kawasan Rembau.

Antara keluarga yang menerima bantuan tersebut ialah :

1. Seorang nenek yang berusia 72 tahun tinggal bersama dgn cucu. Rumah nenek ini sering dilanda banjir yang kerap berlaku disebabkan air yang melimpah dari sungai di depan rumah beliau. Air banjir ini mungkin disebabkan oleh projek perumahan di sekitar Kg Jimah Baru dan Lama.

2. Ibu tunggal yang berusia 37 tahun yang mempunyai tanggungan 2 orang anak di tingkatan 4 dan darjah 6. Keluarga ini tidak menerina bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat mahupun Majlis Agama Islam Negeri Sembilan atas alasan beliau bekerja di sebuah kilang di Senawang. Ibu tunggal ini tidak mempunyai kenderaan dan menumpang kenderaan orang untuk ke tempat kerja.

3. Seorang nenek yang berusia sekitar 70 tahun yang hidup menumpang dengan anak-anak saudara/

4. Seorang ibu tunggal berusia 41 tahun juga tidak mendapat bantuan JKM atau MAINS atas alasan beliau bekerja di ladang anggur. Kediaman beliau sering dilanda banjir yang naik sehingga paras lutut.

5. Seorang ibu tunggal yang mempunyai 7 orang anak.

6, Sepasang suami isteri warga emas yang uzur yang mengidap penyakit kencing manis.

7. Sepasang suami isteri dimana suami tidak berapa sihat setelah 3 kali diserang angin ahmar.

8. Seorang nenek berusia 84 tahun yang tinggal bersama anak perempuannya yang merupakan seorang ibu tunggal.

9. Dua orang nenek pasangan adik beradik yang kurang upaya serta mempunyai anak kurang upaya.

Sabtu, 8 Ogos 2009


Salam perjuangan, maaf pada sahabat-sahabat sejadah nuriman yang selalu menziarahi laman sejadahnuriman kerana sudah lama tidak post isu-isu terbaru pada sahabat-sahabat. Boleh kata hari-hari berkerja tapi kerja sudah menjadi satu cabaran dan kegemaran untuk mencari peluang hidup yang berkualiti. Bila banyak kerja banyak pengalaman yang kita dapat.

Biasa hujung minggu saya berada di sekolah lama saya untuk membantu adik-adik dalam pengurusan usrah dan tuisyen. Tapi pagi ini saya ditaklif untuk bagi pengisian kuliah subuh pada guru-guru pasti, mula-mula rasa getar juga sebab rasa tak layak untuk memberi kuliah pada guru-guru pasti, dengan niat untuk menimba ilmu saya cuba memberanikan diri untuk berdepan dengan mereka,alhamduillah saya dengan ustaz hafiz pergi naik ke kaki gunung dato di tempat program mereka. Dalam kesejukan di pagi subuh, rupanya saya bukan berdepan sahaja dengan guru-guru pasti tapi saya juga berdepan dengan pemuda-pemuda yang menyertai program dakwah disertai pendakian ke gunung dato. saya kagum kerana mereka terlalu ramai yang menyertai program dakwah ini. Muka mereka sahaja biasa berada merepit dijalanan tapi pagi tadi mereka semua berada di rumah Allah untuk bersama-sama bersatu hati untuk menjadi muslim yang baik. saya doa moga kalian di berkati dan dibuka hati untuk bersama dengan Islam sebagai perjuangan mereka. amenn..

Khamis, 25 Jun 2009

Suasana Petang Kuala Lumpur...


Suasana petang makin gelap...kepulangku ke kuala lumpur disambut penuh dengan burung-burung gagak yang terbang untuk mencemar keindahan kota raya ini..bila kaki aku menjejak ke tanah tiba-tiba aku terdengar bunyi tembakan yang kuat dan bertubi-tubi di sekitar kawasan central market..ramai berlari dan tunduk takutkan bunyi tembakan yang seakan-akannya peperangan telah berlaku...kereta-kereta dan bas makin perlahan dan makin sesak..aku berlari-lari cepat dan sembunyi di surau..ramai yang sempat jadi jurugambar untuk menangkap aksi ahli-ahli penembak di sekitar itu..aku beranikan diri untuk keluar menjenguk suasana di situ..darah makin tinggi menjulang..teringat kembali suasana demotrasi di kuala lumpur, bunyi tembakan itu mengenangkan aku kembali..menguji kekuataan dan keberanian aku,..menguji semangat berpasukan tapi aku merasakan aku boleh score 20/100 dalam ujian itu..terdengar lagi bunyi tembakan lagi kuat daripada tadi..tiba-tiba dua ekor burung gagak tergolek depan aku..ish3...buat takut je..rupanya DBKL nak halau burung gagak daripada mencemar sekitar kuala lumpur..


aku pun tengok jam yang sudah menunjukkan masuk waktu maghrib..aku kembali ke surau..ada dua orang pak cik tua yang berada dalam surau itu nampak gaya macam bekas penyanyi rock..salah seorangnya menjadi bilal..bunyi azan pun mcm nada rock..aku pun terharu walaupun dia orang macam itu tapi masih boleh ke surau berjemaah,tapi dari segi pakaian aku terpaksa bagitau kat korang,dia orang tu orang jalanan..aku bersyukur dia orang ada rasa keinsafan..selepas aku mengimamkan solat maghrib jemaah disitu...aku beristigfar dan menadah tangan untuk berdoa..selepas satu-satu doa aku,aku terkejut suara yang kuat dari belakang.."amennnnnn!"..ramai sungguh orang bersolat disini..terharu..dan di pertengahan doa kami, aku membaca doa untuk umat Islam di Palestin,pattani dan seluruhnya.., mereka baca amennn lagi kuat dari tadi..kesedaran umat Islam kita tentang keganasan israeil kepada umat Islam di Palestin dan umat Islam di selatan Thailand makin sedar...syukur Alhamduillah..moga Allah memberi kekuatan kepada Umat Islam yang tengah berjihad menegak agama Allah..takbir!!!

Ahad, 21 Jun 2009

Post gambar-gambar..


hehe...ini kuat makan....





ini sahabat fuloi saya...hehe










rehat-rehat isi pengisian...