Emmmm..jangan salah faham...ni bukan aku nak tunjuk ketidak puas hati aku pada siapa-siapa, cuma dalam gambar ini aku nak jadi satu contoh yang tidak baik untuk di jadikan teladan pada kita yang berada dalam kepimpinan,organisasi,syarikat,jemaah atau sekutu dan sebulu dengannya...aku sebenar minat tengok bola tapi tidaklah terlalu emosi dengan mana-mana kelab, bola sepak dah jadi satu riadah yang aku paling minat sekali... semalam sempat juga tengok bola antara liverpool dan west bromwich..akhirnya liverpool menang 2-0...
aku suka tengok manager mana-mana kelab bagaimana mereka menyusun strategi-strategi kedudukan dalam perlawanan..dari segi pertahananya, pertengahan dan bahagian menyerang..mana2 kelab mereka agak berbeza menyusun strategi masing-masing dalam perlawanan untuk memastikan mereka boleh menang dan menjadi juara dalam liga, tapi kita yang berada dalam dunia penuh tarbiyah dan dugaan orang yang anti dengan kita..nak katakan kita boleh juga jadi satu pasukan seperti pasukan bola sepak.
.tapi bukan mencari nama dan kemegahan pasukan seperti kelab-kelab bola sepak..kita membawa nama Islam untuk dikenali pada seluruh manusia..untuk membawa manusia pada jalan yang benar...ini matlamat pasukan kita..kita mempunyai murabi atau naqib(manager)..dan dalam pasukan kita mempunyai kapten( presiden atau ketua)..dan ahli-ahli pasukan yang mempunyai peranan masing-masing, ada yang jaga bahagian pertahanan, pertengahan dan bahagian menyerang..ayuh!!...kita juga mempunyai peranan masing-masing dalam menjaga Nama Islam... bila kita dalam dunia dakwah Ini semangat akan kita didengari dari ma'du yang ingin ditarbiyah seperti mana penyokong-penyokong bola dalam stadium yang memanggil nama pemain yang digemari seperti Fernando Torres...bila dalam pasukan jangan kita bertelingkah sesama bulu dan warna seperti gambar carragher dan arbeloa di atas..padahal mereka menjaga bahagian pertahanan bersama-sama tetapi apabila mereka melakukan kesilapan mereka bergaduh dan bertengkar sesama sendiri..malu peminat-peminat mereka melihat..nasib baik ada alonso...
dialah yang meleraikan pergaduhan mereka dan menunjukan sikap positif untuk memberi mereka sedikit tazkirah...supaya mereka mencapai matlamat mereka dalam pasukan mereka..untuk sahabat-sahabat, aku bukanlah hebat seperti kalian tapi ini pandangan-pandangn yang ingin dilontar, mungkin semua dah ketahui apa erti kita dalam sesebuah organisasi atau jemaah itu sendiri..cuma aku teringin memberitahu semua..
1. jagalah nama baik ahli-ahli dan sahabat kita, kadang-kadang dalam tak sedar kita pernah memburuk sahabat-sahabat kita yang sedudukan dalam barisan perlawanan...tegur dan beri nasihat dengan penuh kasih sayang
2. tolong jaga pretasi-pretasi sahabat-sahabat kita, apa jua, dalam pelajarannya, usrahnya dan sebagainya..
3. jangan terlalu laju dari segi politik, tapi dakwah kita ketinggalan jauh bangat..
itu dapat aku luahkan...sebenar aku berpesan pada diriku tapi ingin dimanfaatkan pada semua..
ada silap salah dalam teks ini sila beri teguran...