Aku baru sahaja pulang ke rumah untuk memulakan hidup penuh berdikari dan cermat..tiap masa memikirkan perancangan masa hadapan..nak sambung belajar pun ada, nak cari kerja pun ada..masih dalam proses membuat keputusan sambil berdoa pada Allah beri pilihan yang baik pada aku..jangan ditimpa hidup yang malang lagi bagi aku..tapi semua hamba Allah ada cabaran dan dugaan masing-masing. aku redha walaupun peritnya rasa dugaan yang aku terima sebelum ini. Tapi aku bersyukur diuji supaya aku sedar dan berwaspada pada setiap perbuataan aku selama ini..tiada masa untuk bermain-main lagi, masa depan perlu ada matlamat dan prinsip..Untuk Islam..,keluargaku.., diriku..InsyAllah moga Allah beri petunjuk yang baik buatku...adik-adik aku yang berada di rumah ini, aku perlu asuh mereka menjadi muslimah yang solehah, bijak dan penuh keyakinan..mereka perlu sangat didikan agama..jadi aku jadi guru pada mereka..mak ayah aku OKU..jadi tanggungjawab keluarga aku semua terletak dalam gengaman tanganku..dan semoga aku juga tidak lupa tanggungjawab aku pada Kerja-kerja Islami untuk masa depan perjuangan kami insyAllah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan