Jumaat, 12 Jun 2009

awas! jangan guna perkataan "bodoh" pada bukan tempatnya..


Salam Perjuangan..
kembali sejadahnuriman pada kali ini untuk membuka minda kita masing-masing tentang keadaan dan sikap masyarakat kita terutama rakyat malaysia tak mengira semua bangsa dan kaum.. ana berpandangan tentang tajuk " AWAS! JANGAN GUNA PERKATAAN "BODOH". Dalam Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi yang ke empat, perkataan bodoh ini bermaksud seperti begini sahabat : sukar mengerti atau mempelajari sesuatu, bebal, dungu, tolol. Begitu sekali maksudnya..

Sejadahnuriman kali ini ingin berkongsi suatu sikap dalam keluarga kita yang terutama orang yang memimpin seperti Ibu dan Ayah, ataupun atuk dan nenek ataupun abang dan kakak.. contoh beginilah, apabila si anak yang melakukan kesalahan sikit, tiba-tiba sahaja emaknya memaki dengan mengunakan perkataan BODOH.. "Salman, kenapa kau bodoh sangat haaa...itu pun tak reti.." ana rasa tuan dan puan pernah mendengar sedutan dialog ini.. sedihkan apabila si anak didoakan oleh ibunya sebegitu.. kalau doa itu makbul lagi-lagi doa emak..Ya Allah ampun dosa kami.. zaman sekarang pun ada juga guru-guru memanggil anak muridnya dengan perkataan "BODOH"

Kesimpulannya...
tolong jangan gunakan perkataan BODOH itu pada insan yang kita sayang.. percakapan kita dan nama-nama yang kita panggil itu merupakan satu doa kita pada semua muslim.. mereka yang sama-sama saudara seislam kita sepatutnya kita mendoakan kebaikan kita semua, bukan sahaja dalam keluarga tetapi dalam kerja-kerja dakwah sekalipun perkataan dan percakapan kita kenalah lebih baik dan leibh berhemah...

Akhirnya, Salam Perjuangan dari saya...
Sirru ALa Baraqatillah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan