Selasa, 2 Jun 2009

Berhati-hati...

Salam Perjuangan...
Salam buat sahabat-sahabat yang sentiasa menyerah tubuh ini didalam jagaan Allah,moga-moga Allah memelihara kita dari segala perkara yang tidak baik di dunia ini insyAllah..sebelum itu saya nak promote pada sahabat-sahabat yang terluang masanya di hujung minggu ini marilah kita pakat-pakat ziarah muktamar PAS di Shah Alam, Untuk sama-sama kita mendengar amanat dari pimpinan-pimpinan PAS bagi mengisi jiwa dan rohani kita dalam perjuangan Islam.

Sahabat-sahabat,
dengan faedah blog ini ana berpesan supaya minta berjaga-jaga apabila antum ingin memohon kerja...

1. Apabila iklan yang memerlukan kerani atau data entry clerk sila berjaga-jaga

2. Dalam interview pihak syarikat meminta bayaran duit dalam RM300 ke bawah dengan alasan supaya duit itu boleh ditolak sekiranya berlaku kerosakan data-data yang kita akan buat dalam kerja.

3.Dalam temuduga pastikan keadaan pejabat, kalau nampak macam hotel tak ada bintang berhati-hati lah...

4.apabila dia suruh tunggu telepon dari pejabat, dan kali pertama dia telepon dan mengatakan untuk tangguh maka berhati-hati dan terus cancel persetujuaan bagi yang dah sign kontrak..

itu sahaja moga kalian berhati-hati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan